Monday, November 5, 2012

Variasi Kain Sarung Dan Kain Pelikat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


  
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat merealisasikan impian saya untuk membuka kedai kecil di alam maya ini. Kenapa kain sarung (atau sesetengah orang memanggilnya kain batik) dan kain pelikat jadi pilihan saya? Ini adalah kerana saya sendiri dan suami adalah pemakainya. Selain itu ia juga merupakan pakaian tradisi bukan sahaja di Malaysia malahan di negara-negara Asia. Ianya cukup simple dan selesa di pakai.

Variasi dan corak kain sarung dan kain pelikat sentiasa di perbaharui supaya tidak jemu. Jika di lihat sekarang ni perubahan dan cara pemakaian telah di pengaruhi oleh unsur-unsur moden, Transformasi ini jelas di lihat dalam pemakaian kain sarung terutamanya. Bermacam-macam fesyen dan gaya boleh diperagakan, tidak lagi terikat dengan cara pemakaian klasik yang selalu dipakai oleh nenda dan bonda kita sebagai pakaian harian di rumah. Daripada kain sarung boleh di olah menjadi blouse dan hasilnya memang cantik dan anggun.

No comments:

Post a Comment